Ahad, 28 September 2014

Panduan log book chargeman

Buku Log adalah buku catatan untuk µmerakam¶ kerja ± kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihakSuruhanjaya Tenaga(ST).


Kolum F ( PENGAKUAN ± iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini.Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa ± masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman danpemahaman kita tentag kerja ± kerja yang telah kita buat.

Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas.Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana ±mana pusat latihan kemahiran sepertiIKMatauILP, anda memang telah disediakan Buku Log.

Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu.

Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti

Nama, No.KP, Pengalaman kerja dan kategori ujian. Contoh : Kategori ujian :- AO.Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga Jentera Elektrik, anda sekurang ± kurangnya tamat tingkatan 5. Anda juga perlu menulis tentang kemahiran ± kemahiran dalam ketukangan elektrik seperti pendawaian, penyelanggaraan motor elektrik,pengujian dan lain ± lain.Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada baiknya jika anda tuliskan pengalaman ± pengalaman kerja yang lalu

Contoh : Julai2004 ± Dis 2004Syarikat : Kilang Padi.Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga kelengkapan elektrik dsb) Alasan mengapa anda perlu nyataka tugas / kerja kerana, tidak semua tempat kerja memberikan pengalaman untuk anda. Jika anda berkerjasebagai Pendawai Elektrik mungkin anda tidak melakukan kerja ± kerja penyelanggaraan MSB. Tetapi pengalaman kerja penyelanggaraanMSB anda boleh dapat di tempat lain jika anda di bawah seliaan seorang Penjaga Jentera Elektrik Kompeten.

Masukkan juga butir ± butir Syarikat / tempat kerja seperti nama syarikat, alamat, No. Pepasangan didaftarkan dengan ST ( jika ada ),Kakitangan berkompeten, gambar, peta lokasi dsb.Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan projek / kerja pertama. Berdasarkan pengalaman, saya cuma menggunakan buku hardcover unutk membuat Buku Log.

Tarikh : 1/9/07

Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pump.

Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin.

Cara Kerja :1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang terlibat.

2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak

.3. Asingkan motor dari pump.

4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.

5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa / 420 V / 50 Hz ). Pusingan Kipas motor mestilah mengikut arah jam.

6. Pasang motor gantian mengikut tanda dan warna kabel.

7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk Udara Hotel.

Langkah ± langkah keselamatan :

1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya dilakukan untuk mengelekkan kekeliruan.

2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.

3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di antara motor dan dan pump.

4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.

5. Lakukan pengujian arah putaran motor.

6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat sebelum dihidupkan.

Peralatan / Bahan :

1. Test pen.

2. Multi Meter.

3. Spaner mengikut kesesuaian.

4. Pemutar skru (+/-)

5. Puller.

6. Motor gantian.

7. Fius 36 A.

Analisis :

1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa Dingin, Chiller gagal beroperasi

2. .2. Perpandukan Papan Alamat, kerja ± kerja bermula dengan pemeriksaan dan di ketuai oleh Ketua Jurutera. Didapati Chilled Water Pumptelah rosak berkemungkinan daripada bearing yang haus / longar.

3. Berpandukan contoh di atas, kita dapat menulis pengalaman dengan ringkas tapi padat.

Anda seharusnya menyediakan sekurang ± kurangnya 10 projek untuk dimasukkan dalam Buku Log.antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah

:1. Penyelanggaraan MSB.

2. Penyelanggaraan ACB.

3. Pengujian.

4. Pembuman.

5. Motor elektrik

Khamis, 22 Mei 2014

Bila underground cable 11kv rosak....

sibuk..macam-macam masaalah penat pun ada...jadi layan gambar je lah.. untuk semua.

Rabu, 21 Mei 2014

Sistem agihan bekalan elektrik

Sistem agihan bekalan elektrik di negara kita, Malaysia secara dasarnya disalurkan secara berperingkat-peringkat melalui Bangunan Stesyen-Stesyen Perantaraan (Sub-Stations) berikut :- a) Pencawang Masuk Utama (PMU) – Voltan Operasi : 132/33/11kV i) Suisgear (switchear) jenis Gas Insulated Switchgear (GIS) ii) Suisgear (switchear) jenis Air Insulated Switchgear (AIS) b) Pencawang Pukal (Pembahagi) Utama (PPU) – Voltan Operasi : 33/11kV dan 22/11kV i) Suisgear (switchgear) jenis Ring Main Unit (RMU) – ALBS/GLBS/VLBS/VCB/GCB/GIS c) Stesyen Suis Utama (SSU) – Voltan Operasi : 22/11kV i) Suisgear (switchgear) jenis Ring Main Unit (RMU) – ALBS/GLBS/VLBS/VCB/GCB/GIS d) Pencawang Elektrik (Distribution Sub Station) – Voltan Operasi : 11/415V dan 22/415V i) Suisgear (switchgear) jenis Ring Main Unit (RMU) – ALBS/GLBS/VLBS/VCB/GCB/GIS ii) Alatubah (Transformer) jenis Operasi Minyak (Oil Immersed) atau jenis Kering (Dry) iii) Panel Agihan Voltan Rendah (Low Voltage Distribution Board) Nota :- a) Ring Main Unit (RMU) adalah sebahagian daripada jenis-jenis suisgear (switchgear) b) Kapasiti Alatubah yang biasanya digunakan ialah 1000kVA / 750kVA / 500kVA dan 300kVA c) Kapasiti Panel Agihan Voltan Rendah (LV Board) yang biasanya digunakan ialah 1600A ****************************** Kiriman ini adalah secara catatan ringkas sahaja untuk diri sendiri dan semua yang mencari ilmu di dunia ALLAH ini....

Jumaat, 3 Mei 2013

salam ...pertemuan.

Dah lama sangat ..tak kunjung blog ni, semenjak lulus exam A4 dulu sampai la ni  baru ingat ada senang sikit . Sekarang ni tengah demam mengundi PRU13 so dikesempatan ni den nak ucapkan kepada semua
SELAMAT MENGUNDI PIKIRKAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA KELUARGA DAN NEGARA...