Khamis, 22 Mei 2014

Bila underground cable 11kv rosak....

sibuk..macam-macam masaalah penat pun ada...jadi layan gambar je lah.. untuk semua.

Rabu, 21 Mei 2014

Sistem agihan bekalan elektrik

Sistem agihan bekalan elektrik di negara kita, Malaysia secara dasarnya disalurkan secara berperingkat-peringkat melalui Bangunan Stesyen-Stesyen Perantaraan (Sub-Stations) berikut :- a) Pencawang Masuk Utama (PMU) – Voltan Operasi : 132/33/11kV i) Suisgear (switchear) jenis Gas Insulated Switchgear (GIS) ii) Suisgear (switchear) jenis Air Insulated Switchgear (AIS) b) Pencawang Pukal (Pembahagi) Utama (PPU) – Voltan Operasi : 33/11kV dan 22/11kV i) Suisgear (switchgear) jenis Ring Main Unit (RMU) – ALBS/GLBS/VLBS/VCB/GCB/GIS c) Stesyen Suis Utama (SSU) – Voltan Operasi : 22/11kV i) Suisgear (switchgear) jenis Ring Main Unit (RMU) – ALBS/GLBS/VLBS/VCB/GCB/GIS d) Pencawang Elektrik (Distribution Sub Station) – Voltan Operasi : 11/415V dan 22/415V i) Suisgear (switchgear) jenis Ring Main Unit (RMU) – ALBS/GLBS/VLBS/VCB/GCB/GIS ii) Alatubah (Transformer) jenis Operasi Minyak (Oil Immersed) atau jenis Kering (Dry) iii) Panel Agihan Voltan Rendah (Low Voltage Distribution Board) Nota :- a) Ring Main Unit (RMU) adalah sebahagian daripada jenis-jenis suisgear (switchgear) b) Kapasiti Alatubah yang biasanya digunakan ialah 1000kVA / 750kVA / 500kVA dan 300kVA c) Kapasiti Panel Agihan Voltan Rendah (LV Board) yang biasanya digunakan ialah 1600A ****************************** Kiriman ini adalah secara catatan ringkas sahaja untuk diri sendiri dan semua yang mencari ilmu di dunia ALLAH ini....